fbpx

Zambry sahkan tiada warga Malaysia terlibat gempa di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan Wisma Putra.

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengesahkan bahawa setakat ini tidak ada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa yang tercetus di selatan Turkiye pagi tadi.

Menerusi kenyataan dikeluarkan tadi, beliau turut mengesahkan sudah menghubungi rakan sejawatannya, Mevlut Cavusoglu bagi menzahirkan perasaan simpati Malaysia terhadap negara tersebut.

“Saya telah bercakap sendiri dengan beliau selain mengutuskan ucapan takziah kerajaan dan rakyat Malaysia ke atas mangsa serta untuk kerajaan dan rakyat Turkiye,” katanya tadi.

Gempa berukuran 7.8 skala Magnitud berdurasi 75 saat dilaporkan melanda barat bandar raya Gaziantep dekat sempadan Syria pada pukul 4.17 pagi (9.17 pagi waktu Malaysia).

Mengulas lebih lanjut, Zambry berkata, menerusi perbualan dengan Cavusoglu, beliau diberikan peluang mendapatkan perkembangan terkini insiden bencana alam dahsyat itu.

“Sebagai tanda solidariti, saya turut memaklumkan mengenai penghantaran 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke negara itu,” tambahnya.

Kumpulan berkenaan akan menaiki pesawat Turkish Airlines penerbangan TK61 berlepas pukul 11.50 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Istanbul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI