fbpx

Solat hajat, jenazah ghaib untuk mangsa gempa Turki dan Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan agar masjid dan surau di Wilayah Persekutuan melaksanakan solat hajat dan solat jenazah ghaib bagi mendoakan keampunan bagi mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, saranan solat hajat itu turut dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, solat hajat dan jenazah ghaib itu boleh dimulakan bermula malam ini serta waktu yang sesuai pada malam berikutnya.

“Kami merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga serta mendoakan kemudahan dan kelancaran bagi urusan mencari dan menyelamat yang dilaksanakan oleh pasukan berkaitan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Agensi media antarabangsa melaporkan korban tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria kini mencecah lebih 1,400 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI