fbpx

Hujan lebat, ribut petir di lima negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia melalui laman sesawangnya memaklumkan, amaran berkenaan melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

“Di bahagian Pantai Timur melibatkan kawasan Kelantan iaitu satu daerah di Gua Musang; Terengganu di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala Pahang di Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Manakala di bahagian Selatan iaitu Negeri Sembilan di Jempol dan Tampin; dan Johor pula di daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI