fbpx

Tersembam jatuh skuter, dagu anak Siti berjahit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid yang terjatuh ketika bermain skuter sehingga terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital.

Aafiyah yang cedera bahagian tangan dan muka turut menerima beberapa jahitan pada bahagian dagu.

Kejadian tersebut dimaklumkan Siti ketika memohon maaf kepada penganjur sebuah acara apabila terpaksa membatalkan kemunculannya pada malam ini.

“Malang tidak berbau. Anak ibu jatuh skuter. Kena masuk OT (dewan bedah). Doakan semoga Allah SWT permudahkan urusan.

“Minta maaf kepada pelanggan kerana saya terpaksa membatalkan persembahan pada saat akhir disebabkan kemalangan yang menimpa anak saya,” katanya dalam Insta Story, sebentar tadi.

Siti turut berkongsi gambar bahagian tangan kanan Aafiyah, 5, yang berbalut.

Menerusi hantaran lain, penyanyi Biarlah Rahsia itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli bertanyakan khabar anaknya.

“Menjunjung kasih KDYMM Tuanku Permaisuri Agong yang bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah.

“Terima kasih juga buat semua yang doakan kesihatan Aafiyah. Insya-Allah, Aafiyah cepat sembuh dari kemalangan kecil ini,” tulisnya lagi.

Sementara itu, menurut pengurusnya yang dihubungi Kosmo! Online, Rozi Abdul Razak, insiden berkenaan berlaku di kediaman penyanyi itu sekitar petang tadi.

Katanya, Aafiyah terus dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebaik jatuh tersembam hingga mengakibatkan kecederaan pada dagunya.

Begitupun, Rozi menyatakan tiada perkara serius yang perlu dibimbangkan. Aafiyah juga baik-baik sahaja selepas memdapat rawatan.

“Cuma luka kecil pada dagu yang memerlukan beberapa jahitan. Terima kasih kepada yang mendoakan,” katanya.

Selain Aafiyah, rumah tangga Siti dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dikurniakan seorang putera, Muhammad Afwa, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI