fbpx

SJAM berjaya elak tiga LRA Sungai Selangor daripada ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelepasan air mentah alternatif daripada kolam takungan HORAS ke Sungai Selangor, Kuala Selangor bagi mengelak tiga LRA dihenti tugas

KUALA SELANGOR- Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) diperkenalkan kerajaan Selangor dua tahun lalu berjaya mengelak tiga loji rawatan air (LRA) di Sungai Selangor di sini terpaksa ditutup.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) awal Khamis lalu mengesan peningkatan ammonia (AN) di dalam air mentah di LRA Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Air (insiden yang berpotensi menyebabkan henti tugas LRA).

“SJAM telah diaktifkan melalui pengepaman air mentah alternatif ke Sungai Selangor daripada kolam takungan HORAS 600 sebanyak 600 juta liter sehari (JLH) dengan jarak dua kilometer (km) dan sejam perjalanan aliran ke muka sauk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Izham, turut diaktifkan adalah penyaluran air kolam menerusi KL Larut sebanyak 384 JLH dan tujuannya untuk meningkatkan kadar pencairan sungai serta mengekang kepekatan AN.

“Pintu baraj di LRA juga telah diturunkan oleh Air Selangor bagi mempercepatkan aliran tercemar mengalir melepasi muka sauk LRA,” ujarnya.

Jelas beliau, sebanyak 516 juta liter air mentah alternatif telah disalurkan ke Sungai Selangor dan tindakan tersebut berjaya mengawal dan mengekang pencemaran berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI