fbpx

Beri peluang Hishammuddin, Maulizan kembali ke pangkuan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU – UMNO Johor merayu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) supaya memberi peluang kepada Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang untuk membuat rayuan seterusnya kembali ke pangkuan parti.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu juga terpakai kepada ahli dan pimpinan parti dari negeri ini yang digantung selama enam tahun.

Beliau berkata, UMNO Johor akur dengan keputusan MKT menggantung keahlian individu berkenaan namun percaya mereka diberi peluang untuk membuat rayuan.

“UMNO Johor menzahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi membabitkan dua pemimpin yang tidak dinafikan banyak berjasa kepada UMNO Johor.

“Maka UMNO Johor bersetuju supaya kedua-dua pemimpin ini wajar diberikan peluang merayu atas tindakan yang dikenakan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor di bangunan UMNO Johor, di sini hari ini.

Mohamed Khaled memberitahu, tindakan displin dan penggantungan yang dikenakan MKT itu tidak akan menjejaskan pergerakan UMNO Johor memandangkan beberapa pemimpin UMNO negeri sebelum ini pernah melalui tindakan yang sama.

Jelasnya, kesemua individu yang dikenakan tindakan itu tidak boleh berputus asa dan boleh mengemukakan rayuan dengan harapan tempoh penggantungan dapat dipendekkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI