fbpx
Bangunan Sekretariat ASEAN di Jalan Sisingamangaraja, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, Indonesia.

Zambry ketuai mesyuarat koordinasi, sesi pemukiman ASEAN di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia ke dua program serantau selama dua hari bermula esok di Jakarta, Indonesia.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 dan juga Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM).

“Beliau akan diiringi bersama para pegawai kanan dari Kementerian Luar dan program tahunan tersebut bakal berlangsung di Bangunan Sekretariat ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Persidangan tahunan itu banyak memberikan fokus pelaksanaan Konsensus Lima Perkara untuk krisis politik di Myanmar dan permohonan Timor-Leste sebagai anggota baharu.

Turut disentuh dalam mesyuarat pada kali ini ialah isu hubungan luar, pertukaran pandangan mengenai isu serantau dan sejagat serta pelbagai topik berkepentingan bersama.

“ACC dan AMM akan menawarkan peluang terbaik Malaysia dan negara anggota ASEAN lain bagi mengukuhkan lagi blok ini ke arah komuniti serantau inklusif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN