fbpx
Nama Neelofa kembali menjadi bualan ramai dalam media sosial hari ini apabila dia didakwa kini hamil anak ketiga.

Comeback susu pisang ‘pandemik’, netizen perasan benda lain?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nama selebriti dan usahawan Neelofa kembali menjadi bualan ramai dalam media sosial hari ini apabila dia didakwa kini hamil anak ketiga.

Dakwaan tersebut mula tercetus selepas dia memuat naik foto mempromosikan produk terbaharunya, susu pisang namun netizen pula sebaliknya perasan sesuatu apabila gaya Neelofa bergambar menampakkan ‘baby bump’.

Meski tiada sebarang pengesahan daripada pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu, ucapan tahniah sudah mula membanjiri ruangan komen hantaran tersebut.

Kebanyakan netizen juga turut berseloroh dua anak Neelofa iaitu Bilal dan Abbas bakal mendapat adik tidak lama lagi.

“Alamak, saya macam nampak seorang ibu yang sedang hamil.

“Itu seperti ‘baby bump’, kalau betul, tahniah Neelofa!

“Lain yang nak dipromosi (susu pisang), lain pula dapat perhatian, semoga kali ini dapat anak perempuan,” komen netizen.

Untuk rekod, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail atau PU Roz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Bilal, 4 dan Abbas, 3 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN