fbpx
Suami yang ingin berpoligami perlu lebih bertanggungjawab dan bersikap adil kepada semua isteri.

Mula-mula suami adil, lepas enam bulan asyik dengan bini muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Rata-rata pasangan yang telah berpoligami mengakui kehidupan dengan cara berkongsi kasih adalah sesuatu yang memeritkan.

Seorang pegawai eksekutif yang mahu dikenali sebagai Liyana, 50, berkata, hubungan po­li­gami sememangnya tidak seindah yang digambarkan sekali pun suami yang terlibat itu adalah lelaki yang layak dan berkemampuan.

“Pada mulanya, saya terima hakikat untuk hidup berpoligami bersama isteri muda suami yang beza usia 10 tahun dari saya.

“Ketika itu, saya lihat suami mempunyai kemampuan kewangan dan memiliki jawatan tinggi di sebuah agensi kerajaan.

“Bagaimanapun, selepas per­kahwinan mereka memasuki bulan keenam, banyak perubahan yang ditunjukkan suami terutama perwatakan dan penggiliran bermalam. Memang satu tamparan hebat untuk saya yang perlu menjalani kehidupan de­ngan tiga anak,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Liyana, dia tidak me­nyangka akan perubahan drastik suaminya yang berusia 50 tahun itu selain karenah isteri keduanya yang sentiasa ingin di­dampingi.

“Suami mula lupa tanggungjawab dalam berpoligami. Hubungan dengan anak-anaknya juga menjadi renggang apabila dia banyak habiskan masa dengan isteri muda. Memang rasa tertipu dengan janji manisnya ketika mahu berpoligami dahulu” ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang jurutera sebuah kilang dikenali sebagai Aishah, 46, berkata, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk menerima hakikat perlu melalui kehidupan berpo­ligami.

“Saya hanya dapat tahu yang suami kahwin lagi semasa dia dikurniakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan isteri kedua empat tahun lalu.

“Sebelum itu, tiada langsung sebarang tanda-tanda atau perubahan yang ditunjukkannya selain sentiasa pulang dan bermalam di rumah.

“Siapa sangka, dalam hubu­ngan rumah tangga yang harmoni tiba-tiba terpalit dengan be­rita yang tidak mahu sama sekali atau boleh diterima oleh isteri pertama.

“Memang ambil masa bertahun juga untuk saya menerima hakikat hidup selain terpaksa reda dengan apa juga yang berlaku. Sekarang ini, suami hanya lebihkan isteri muda,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN