fbpx

Kesesakan Penjara Sungai Buloh membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramkarpal ketika mengadakan lawatan di Penjara Sungai Buloh semalam.

PETALING JAYA – Penjara Sungai Buloh dilihat semakin sesak, apabila penempatan banduan di situ kini melebihi 2,000 orang daripada kapasiti yang telah ditetapkan.

Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh berkata, kesesakan penjara itu ketika ini adalah amat membimbangkan.

“Semalam saya melawat Penjara Sungai Buloh dan mendapati kesesakan penjara berkenaan adalah amat membimbangkan

“Kesesakan penjara sudah tentu akan menjejaskan keberkesanan program pemulihan,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi ciapan di laman Twitter miliknya.

Ramkarpal berkata, setakat ini langkah pembaharuan institusi penjara sudah dimulakan pada peringkat dasar dan sesi libat urus juga akan diadakan dengan pihak berkepentingan antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI