fbpx

Pengantin undang kumpulan black metal hibur tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN pengantin berkenaan duduk di atas pentas ketika kumpulan itu membuat persembahan. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi sebuah majlis perkahwinan yang mengundang kumpulan muzik black metal untuk membuat persembahan, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @xtremmerch.   

Berdasarkan video tersebut, kelihatan sepasang pengantin duduk di atas pentas berlatarbelakangkan kumpulan muzik black metal yang sedang membuat persembahan.

Mereka kelihatan menikmati muzik yang dimainkan walaupun masih berpakaian pengantin tradisional.

Kumpulan muzik itu dilihat memakai baju hitam selain muka mereka dicat dengan warna putih mengikut gaya gothic.

Tetamu majlis itu kelihatan bersorak dan menikmati persembahan di hadapan pentas.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Tetamu undangan sila rapat ke pentas, acara akan segera dimulai,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI