fbpx

Cemburu dipercayai punca pemandu e-hailing dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (kanan) ketika majlis Perhimpunan Bulanan di IPK Sabah hari ini. - Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Kes pembunuhan seorang lelaki di Tawau yang dikaitkan dengan penahanan lapan pegawai serta anggota Pasukan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dipercayai bermotifkan cemburu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, setakat ini pihaknya telah menahan lapan anggota dan pegawai polis serta tiga orang awam.

“Seorang wanita iaitu orang awam sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

“Berdasarkan bukti dan keterangan yang ada, kita akan rujuk semula kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapat arahan seterusnya,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah hari ini.

Mengulas lanjut, Idris menyatakan kes berkenaan bersifat peribadi iaitu cemburu dan penama yang dituduh, semalam adalah isteri kepada si mati.

“Oleh itu, kita menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes berkenaan,” katanya.

Terdahulu, seorang pemandu e-hailing ditemui mati di sebuah ladang sawit, berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di Batu 5, Tawau dalam kejadian 13 Januari lalu.

Mangsa maut dikenali sebagai Nurman Bakaratu, berusia 61 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI