fbpx

7 hari lolos, Mohammad Roshaidi diberkas semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Roshaidi direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

MELAKA – Selepas tujuh hari bersembunyi, suspek tahanan kes samun yang melarikan diri dari Penjara Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang sejak Selasa lalu berjaya diberkas semula, malam tadi.

Suspek, Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali, 44, diberkas sepasukan polis kira-kira pukul 9 malam di kawasan Alor Gajah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

“Suspek berjaya ditahan kira-kira pukul 9 malam oleh sepasukan polis di kawasan Alor Gajah dan kini direman selama empat hari.

“Perintah reman itu telah dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jasin, Tan Chai Wei,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kosmo! pada 24 Januari lalu melaporkan pasukan polis memburu seorang tahanan lelaki terlibat dengan kes samun yang meloloskan diri daripada Penjara Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang.

Mohammad Roshaidi yang sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan tersebut dikesan hilang dari tahanan oleh pihak warden pada pukul 2.20 petang dengan kali terakhir dilihat memakai baju banduan berwarna hijau serta berselipar.

Gerakan memburu suspek turut diperluaskan membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI