fbpx

Suri rumah jadi mangsa lelaki dakwa mampu bersihkan aura negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Heri meminta Lilis membawa wang 50 juta rupiah (RM14,176) ketika proses membersihkan aura negatif. - ANTARA/Pradita Kurniawan Syah

JAKARTA – Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis ditahan di Indonesia kerana kes penipuan terhadap seorang suri rumah, lapor laman berita Suara.com.

Mangsa yang dikenali sebagai Lilis, 40, ditipu sebanyak 50 juta rupiah (RM14,176) selepas suspek bernama Heri Widianto, 38, menjanjikan rawatan alternatif untuk membersihkan aura negatif.

“Mangsa dijanjikan oleh suspek yang mengaku mengenali seorang pakar ilmu ghaib yang mampu membersihkan aura negatif supaya rezeki semakin lancar.

“Suspek mendakwa dia anggota Polis Cikarang. Mereka bertemu di satu tempat,” kata polis.

Sebelum bertemu, Heri meminta Lilis membawa wang tunai 50 juta rupiah (RM14,176) sebagai syarat. 

Selepas proses pembersihan aura negatif selesai, Heri memberi bungkusan yang didakwa mengandungi wang mangsa. Lilis diminta untuk membukanya selepas tiga bulan.

Bagaimanapun, wanita itu terkejut apabila mendapati bungkusan itu hanya mengandungi helaian kertas.

Polis menerima laporan dan menangkap mangsa di Bekasi Khamis lalu. Jika sabit kesalahan, Heri boleh dihukum penjara empat tahun. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI