fbpx

‘Satu Keluarga Satu Mediator’ disasar bagi perkasa sulh mediasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nai'im Mokhtar berucap pada Majlis Penyampaian SIjil Kursus Kemahiran Sulh-Mediasi dan Pelancaran Skuad Sulh di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA, Sepang di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

SEPANG- Kerajaan berhasrat menyasarkan supaya setiap keluarga Muslim mempunyai kemahiran sulh sebagai bentuk penyelesaian pertikaian atau konflik secara damai.

Perkara tersebut dibayangkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dalam usaha memperluaskan toleransi berkenaan.

“Saya berpandangan bahawa kemahiran sulh juga boleh dikembangkan lagi kepada pemerkasaan keupayaan masjid, masyarakat setempat dan institusi keluarga Islam.

“Langkah berkenaan sebenarnya boleh diperluaskan lagi dengan menggalakkan ‘Satu Keluarga Satu Mediator’ diwujudkan bagi menjayakan sasaran sebegini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Kemahiran Sulh Mediasi dan Pelancaran Skuad Sulh di Pusat Konvensyen Movenpick di sini hari ini.

Sulh merupakan kaedah penyelesaian konflik secara damai yang diamalkan ajaran Islam lebih 1,400 tahun dahulu dengan mengutamakan pendekatan lestari dalam masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI