fbpx

Hidu air kencing tidak akan sembuhkan penyakit resdung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cohen telah memasukkan air kencing melalui hidungnya selama 20 tahun. - SWNS

BANGKOK – Jabatan Perkhidmatan Perubatan Thailand memberi amaran kepada orang ramai bahawa perbuatan menghidu air kencing tidak akan menyembuhkan penyakit resdung, lapor laman berita Thaiger semalam.

Jabatan itu berkata, tiada bukti semasa atau boleh dipercayai untuk menyokong dakwaan bahawa tindakan memasukkan air kencing ke dalam hidung boleh menyembuhkan sakit kepala.

Bagaimanapun, ia akan membahayakan kesihatan manusia. 

Perkara itu tular selepas seorang pakar yoga dari Britain, Sam Cohen, 41, mendakwa bahawa dia tidak mengalami selesema sejak 20 tahun lalu selepas memasukkan air kencing ke dalam lubang hidung setiap kali pergi ke tandas.

Cohen dikatakan turut meminum dan membawa secawan air kencing selepas menganggap bahawa ia mampu menyembuhkan segala penyakit.

Jabatan itu menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkan perkara itu di media sosial, selain menegaskan bahawa tindakan memasukkan air kecil ke dalam hidung untuk menyembuhkan resdung sebagai berita palsu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI