fbpx

[VIDEO] Suspek belasah isteri guna topi keledar akhirnya dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki memarahi dan memukul seorang wanita menggunakan topi keledar yang dipercayai berlaku di Paloh 2, Gua Musang baru-baru ini.

GUA MUSANG – Seorang lelaki yang memukul kepala isterinya dengan topi keledar di tepi jalan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 di sini diberkas semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu dicekup kira-kira pukul 2.30 petang di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mangsa merupakan isteri kepada suspek.

Menurutnya, suspek mendakwa berlaku perselisihan faham apabila dia tidak membenarkan isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai pergi ke tempat kerja.

“Lelaki itu memaklumkan bahawa dia meminta mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit.

“Pemeriksaan ke atas suspek tidak menjumpai apa-apa barangan salah, namun ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methaphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Choon Foo, polis turut merampas topi keledar berwarna merah yang digunakan oleh suspek semasa memukul isterinya.

Katanya, suspek yang bekerja sendiri direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, tular rakaman video seorang wanita dimarahi, ditampar dan dipukul seorang lelaki menggunakan topi keledar di tepi jalan di media sosial Facebook dan TikTok sejak beberapa hari lalu.

Video berdurasi 1 minit 47 saat itu memaparkan seorang lelaki tidak dapat mengawal ekemarahan apabila menampar muka, menolak sebelum memukul kepala seorang wanita menggunakan topi keledar. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI