fbpx
Anggota bomba menangkap seekor ular seberat lebih 10 kilogram di kawasan longkang berhampiran bilik darjah di SK Sungai Petai, Pasir Puteh semalam. FOTO IHSAN BOMBA

Ular sawa batik ditangkap ‘ceroboh’ kawasan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Seramai 10 anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dikerah menangkap seekor ular sawa batik seberat lebih 10 kilogram yang ditemui seorang pekerja kebersihan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai di sini semalam.

Reptilia sepanjang lebih dua meter itu dijumpai berhampiran sebuah bilik darjah murid tahun enam selepas ia dipercayai masuk melalui hutan dan sungai berdekatan sekolah tersebut.

Pegawai Bomba Daerah, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, haiwan itu ditangkap kira-kira pukul 8.57 pagi selepas anggota bomba mengambil masa selama hampir lima minit untuk menjalankan operasi.

Menurutnya, ular tersebut berada dalam keadaan tidak agresif sekali gus memudahkan anggota APM menggunakan penyepit dan penjerut untuk menangkap reptilia itu.

“Haiwan berkenaan kemudiannya dilepaskan di kawasan hutan yang jauh dari kediaman awam. Tiada murid yang belajar di bilik darjah itu kerana sekolah tidak beroperasi pada cuti hujung minggu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR