fbpx

Shahidan minta bersabar, nasib ahli UMNO dipecat akan terbela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIDAN

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim meminta ahli UMNO yang telah dipecat supaya bersabar kerana mereka akan diberi pembelaan tidak lama lagi.

Shahidan yang juga dipecat pada November tahun lepas, menyifatkan UMNO sebagai parti yang ‘tidak siuman’ kerana sedang ‘ghairah’ melucutkan jawatan-jawatan ahlinya.

“Sebuah parti tidak siuman sedang ghairah pecat orang. Sabar yang kena pecat, kami akan beri pembelaan,” tulisnya ringkas dalam satu hantaran di akaun Facebooknya.

Terdahulu, Shahidan dilucutkan jawatan daripada UMNO selepas didapati telah mencalonkan diri bagi bertanding mewakili parti lawan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kemudian, beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan berjaya meraih kemenangan besar dengan memperoleh 31,458 undi, sekali gus mengatasi dua pesaingnya bagi kerusi Parlimen Arau.

Selain Shahidan, tiga lagi ahli UMNO turut dipecat pada PRU15 iaitu Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Padang Besar; Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib (Parlimen Maran) dan Datuk Azhar Ahmad bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI