fbpx

Rybakina, Sabalenka berentap pada final Terbuka Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RYBAKINA (kiri) dan Sabalenka akan berentap memburu kejuaraan Grand Slam pada final Terbuka Australia di Melbourne Park hari ini. – AFP

MELBOURNE – Juara Wimbledon, Elena Rybakina mempunyai satu lagi peluang besar untuk memburu kejuaraan Grand Slam selepas mara ke pentas final Terbuka Australia dengan menentang pilihan kelima kejohanan dari Belarus, Aryna Sabalenka.

Terdahulu, Rybakina, 23, menang 7-6 (7-4) 6-3 ketika menentang Victoria Azarenka, sekali gus menamatkan harapan juara Terbuka Australia dua kali itu untuk memenangi gela­ran itu sejak kemena­ngan terakhirnya pada 10 tahun lepas.

Sabalenka yang berusia 24 tahun tampil bertenaga menewaskan Magda Linette dari Poland untuk mara ke pentas final major pertamanya dengan keputusan 7-6 (7-1) 6-2.

Selepas tewas tiga kali separuh akhir pada Grand Slam, Sabalenka nyata lega apabila menamatkan badi dengan meraih slot ke final yang akan berlangsung pada hari ini.

“Saya tak menyatakan bahawa saya bermula dengan baik pada perlawanan ini, namun pada aksi tie-break, saya menemui rentak dan mula percaya dengan diri lalu beraksi dengan gaya sendiri,” kata Sabalenka.

Rybakina yang menjadi pilihan ke-22 kejohanan akan bersaing pada final major kedua selepas menjulang kejuaraan Wimbledon tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI