fbpx

Teknologi VAR, bila seinci menjadi kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

LIGA Malaysia (Liga M) merancang untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi video bantuan pengadil (VAR) pada musim baharu nanti.

Bagaimanapun, teknologi VAR hanya akan digunakan pada pertandingan Piala Malaysia dan Piala FA selain mana-mana perlawanan terpilih terlebih dahulu.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sudah menyatakan persetujuan masing-masing untuk melaksanakan teknologi tersebut dalam bola sepak negara.

Malah, pengadil yang bakal terlibat dengan teknologi berkenaan akan menjalani latihan selama enam hingga sembilan bulan bagi mengendalikannya kelak.

Pada penulis, pengenalan penggunaan teknologi bola sepak negara merupakan langkah wajar dalam usaha meningkatkan prestij dan pembangunan sukan berkenaan di negara ini.

Jika teknologi VAR sudah benar-benar digunakan pada Liga M, maka ia meletakkan pertandingan bola sepak Malaysia pada satu level yang berbeza di rantau Asia Tenggara.

Penggunaan teknologi VAR pasti menimbulkan keterujaan kepada para peminat. Pada masa sama, tidak kurang juga bakal menghadirkan pelbagai kecaman, kritikan serta kontroversi.

Apa tidaknya, jika perlawanan memihak kepada pasukan yang disokong, pastinya penggunaan VAR sangat bagus sekali, namun kepada pihak yang kalah sudah tentu penggunaan teknologi itu satu bahana dan dikecam.

Apa yang bagusnya, teknologi VAR tidak akan menipu, jangan katakan seinci, sebesar satu hun turut diambil kira dalam memutuskan kesalahan dalam perlawanan bola sepak.

Sebagai rujukan, penggunaan VAR akan digunakan untuk pengesahan jaringan, offside, kad merah, penalti atau pengecaman pemain di dalam padang.

Tidak dinafikan, tiada perkara yang sempurna di muka bumi ini, termasuklah teknologi VAR yang masih memerlukan manusia mengendalikannya.

Selain pengadil di atas padang, terdapat pengadil virtual (di luar padang) yang turut sama mengadili perlawanan tersebut.

Pengadil yang menguruskan VAR lazimnya terdiri daripada minimum tiga orang yang akan menyemak semula keputusan pengadil selepas melihat video tayangan semula.

Pasukan ini akan menasihati pengadil di padang berdasarkan tayangan semula dan pengadil di padang masih mempunyai hak memutuskan keputusan akhir sama ada menerima atau menolak.

Jika pengadil di padang kurang pasti, dia dibenarkan meneliti tayangan semula video sebelum membuat keputusannya meskipun kesalahan itu hanya seinci.

Apa diharapkan adalah para peminat bola sepak tanah air harus menyokong teknologi VAR meskipun banyak kontroversi yang hadir, ia juga salah satu keseronokan di dalam pertandingan.

Jangan asyik membantah pembaharuan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI