fbpx

Dua lelaki naik Kelisa, samun kedai kopi diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta, yang dipandu rakan mereka.

KUCHING – Polis memburu dua lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai makan di Jalan Stutong, di sini pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pasukan khas dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching dan Kontinjen Sarawak digerakkan bagi mengesan suspek tersebut.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata, dalam kejadian pada pukul 4.55 pagi itu, kedua-dua suspek bersenjatakan parang menyamun kedai makan terbabit sehingga melibatkan kerugian RM2,000.

Video mengenai kegiatan suspek turut tular di media sosial, dengan mereka menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kelisa berwarna putih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI