fbpx

Jangan nampak alim di luar sahaja – Isham Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham.

PETALING JAYA – Ketua penerangan UMNO, Isham Jalil sekali lagi mengingatkan kepimpinan Pas agar tidak nampak alim di luar sahaja sedangkan di belakang membuat perkara batil dan munafik.

Beliau dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, sifat seperti menggunakan agama dan menunggang ayat-ayat al-Quran itu turut dibenci Rasulullah.

Isham berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khairudin dan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung isu bayaran wang kepada pengundi.

“Khairil, Fadhli, dulu dan kini puak-puak kamu yang suka tuduh orang lain rasuah dan kononnya kamu bersih.

“Tetapi baru dilihat kini bahawa sebenarnya puak-puak kamu yang paling banyak rasuah orang. Tanpa segan silu dan rasa malu puak-puak kamu rasuah pengundi dengan menggunakan nama Allah. Mungkin Allah SWT ingin buka dan tunjukkan kebatilan ini,” katanya.

Isham berkata, tabiat kedua-dua individu itu semakin teruk sejak bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta lebih selesa memilih jalan yang sesat.

“Kamu tidak lagi guna tin milo tetapi sudah pandai duduk hotel lima bintang semasa kempen pilihanraya sehingga sudah tidak boleh membezakan antara sedekah dan rasuah. Usah gelap mata dengan duit.

“Matlamat untuk menang tidak menghalalkan cara. Biar kita bersusah atas landasan perjuangan yang betul dan ikhlas dari bersenang atas landasan perjuangan yang salah,” ujarnya.

Katanya, keberkatan dalam perjuangan dan bagaimana sesebuah parti politik itu menang adalah penting, bukan sahaja matlamat kemenangan itu.

“Biar kita kalah bermaruah daripada menang dengan rasuah.

“Muhasabah dan bertaubatlah sebelum terlambat. Kembalilah ke jalan yang lurus. Ihdinas siratal mustaqim,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang mengatakan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya hanyalah ibarat sedekah kepada pengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI