fbpx

Program Gold Paris bakar semangat atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD SHAPAWI

DEMI membutirkan emas sulung pada Sukan Olimpik Paris 2024, program ‘Gold Paris’ bakal diperkenalkan untuk memberi tonik kepada atlet negara pada temasya empat tahun sekali itu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, program tersebut menjadi sebahagian daripada Program Podium untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada atlet negara yang dilihat mampu melayakkan diri ke temasya berkenaan.

“Kita pernah melakukan perkara sama, selagi kita melihat potensi mana-mana yang boleh menyumbang pingat, kita akan cuba untuk membantu mereka supaya pingat berkenaan tidak terlepas daripada apa yang kita harapkan, sehabis baik kita akan cuba bantu.

“Semua orang akan mendapat bantuan dan mereka akan dapat lebih daripada apa yang mereka peroleh sekarang, pengkhususan kepada keperluan mereka sendiri, itu yang kita akan bincangkan,” kata Shapawi kepada media selepas rakaman Sambutan Tahun Baharu Cina di MSN hari ini.

Bagaimanapun Shapawi enggan menamakan atlet yang telah berada dalam senarai tersebut memandangkan kelayakan untuk kebanyakan sukan ke temasya tersebut baru sahaja bermula.

Tegasnya, perincian itu dijangka dimuktamadkan selepas Jawatankuasa Program “Gold Paris” yang bersidang pada hujung tahun ini.

Untuk rekod, program “Gold Paris” ini dikelaskan kepada dua kelompok atlet, iaitu yang mampu layak serta yang berpotensi menghadiahkan pingat emas.

Jawatankuasa program ini akan melihat barisan atlet yang dilihat sebagai prospek negara, termasuk atlet profesional yang tidak bernaung dengan badan sukan kebangsaan, contohnya badminton.

Antara kelebihan yang dinikmati bukan sahaja dari sudut sains sukan dan perbelanjaan, malah program ini juga sedia membekalkan jurulatih terbaik dunia untuk mana-mana atlet yang berpotensi meraih pingat di temasya sukan itu nanti. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI