fbpx

[VIDEO] Tongkang langgar paip sebabkan Paka alami gangguan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan paip air yang dirempuh sebuah tongkang penyelenggaraan di Jambatan Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Paip pembekalan air yang merentangi Jambatan Paka di sini mengalami kerosakan akibat dirempuh sebuah tongkang penyelenggaraan hari ini.

Kerosakan itu menyebabkan gangguan bekalan air bersih di banyak kawasan di sekitar bandar Paka dan gugusan Felda Kerteh di sini bermula pukul 2 petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, sewaktu kejadian tongkang milik kontraktor tersebut difahamkan sedang menjalankan kerja-kerja pembaikian paip berkenaan.

“Difahamkan paip tersebut hampir patah setelah dilanggar sebuah bot sebelum itu.

“Saya menggangarkan ribuan pengguna akaun Syarikat Air Terengganu di sekitar Paka dan Kerteh di sini akan mengalami gangguan akibat insiden ini,” katanya di sini hari ini.

Satiful Bahri berkata, sebagai penyelesaian sementara, sumber air alternatif akan diambil dari Loji Rawatan Air (LRA) Kemudi, Serdang di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI