fbpx
Gambar hiasan.

Suri rumah rugi RM35,000 terpedaya iklan Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM35,000 selepas terpedaya dengan iklan pembersihan bulu haiwan yang dilihatnya dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula pada 13 Januari lalu selepas mangsa yang berusia 40 tahun melihat iklan pembersihan bulu haiwan di Facebook.

“Mangsa telah menghubungi suspek melalui nombor telefon yang diberikan dan mangsa diminta untuk memuat turun aplikasi yang diberi oleh suspek bagi tujuan pembayaran perkhidmatan tesebut.

“Setelah mangsa mengisi butir-butir maklumat diri dalam aplikasi tersebut, mangsa mendapati wang di dalam akaun miliknya berkurangan sebanyak RM35,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ramli, difahamkan wang terbabit merupakan wang pusaka milik ayah mangsa.-KOSMO! ONLINE

POPULAR