fbpx

Jawatankuasa Sosial badan selia isu dan hak kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Sosial yang akan ditubuhkan kelak akan diberikan kuasa yang boleh bertindak sebagai badan penyelia mengenai perkara berkaitan pendidikan, hak dan jenayah terhadap kanak-kanak.

Pengerusinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memperhalusi penubuhan jawatankuasa ini secepat mungkin kerana ia turut melibatkan isu terkait dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Saya melihat pelantikan ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang besar memandangkan isu penderaan kanak-kanak belum dapat dituntaskan.

“Malah, terdapat beberapa isu lain berkaitan kanak-kanak masih lagi berlegar dan belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan perhatian kita,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, antara isu yang bakal ditangani segera jawatankuasa ini termasuk permasalahan anak-anak yang berbapakan atau beribukan warga asing.

Jelasnya lagi, ini juga merupakan satu lagi usaha di bawah Kerajaan Perpaduan yang prihatin untuk memberi pelindungan kepada kanak-kanak yang tidak sah taraf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI