fbpx

20 lokasi kemalangan di Machang dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Adli (tiga dari kanan) beramah mesra dengan pegawai agensi yang terlibat dalam Op Selamat Tahun Baharu Cina selepas menyampaikan Taklimat Medan Pasukan Op Selamat 19/2023 di sebuah stesen minyak di Bukit Belah, Machang malam tadi. ROHANA MOHD. NAWI

MACHANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang menempatkan seramai 70 pegawai dan anggota di 20 lokasi hitam yang sering berlaku kemalangan sepanjang Op Selamat Tahun Baharu Cina yang bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, kesesakan luar biasa dijangka akan berlaku di daerah ini susulan peningkatan bilangan kenderaan perantau yang pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, antara lokasi panas yang dikenal pasti itu adalah Kilometer (KM) 8 Jalan Machang – Tanah Merah berhampiran simpang tiga Paloh Rawa, KM7 Jalan Machang – Tanah Merah (berhampiran lampu isyarat Wakaf Bata) dan KM30 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai (simpang Pangkal Gong-Mata Ayer).

“Selain itu, KM6 Jalan Machang-pasir Puteh di simpang pejabat tanah, KM28.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, KM51.3 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai (di depan pondok Kampung Pek) dan KM25 Jalan Kota Bharu Kuala Krai turut akan dipantau sepanjang Op Selamat Tahun Baharu Cina.

“Selain itu, IPD Machang turut dibantu 14 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, 30 anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan 15 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sepanjang operasi dijalankan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Taklimat Medan Pasukan Op Selamat 19/2023 di sebuah stesen minyak di Bukit Belah di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI