fbpx

Piala Dunia: 16 pasukan kekal pada edisi 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIH terus mengekalkan jumlah pasukan yang bersaing di pentas Piala Dunia 2026 nanti dengan 16 pasukan bersaing. – AFP

ROURKELA – Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Datuk Tayyab Ikram menjelaskan, badan induk hoki dunia itu tidak bercadang untuk menambah jumlah penyertaan pada edisi Piala Dunia seterusnya.

Ia bermakna Piala Dunia sete­rusnya yang akan diadakan di dua lokasi iaitu Wavre, Belgium dan Amstelveen, Belanda pada 2026 kekal dengan jumlah 16 ­pasukan bersaing.

Ia bakal menjadi penganjuran ketiga berturut-turut melibatkan penyertaan 16 pasukan selepas dua edisi di India di Bhubaneswar pada 2014 dan Bhubanes­war-Rourkela ketika ini.

“Tiada perancangan untuk mengubah penyertaan pasukan. Bukannya tak mahu, tetapi kami enggan melihat jurang jaringan yang terlalu besar seperti 9-0, 11-0 atau 13-0.

“Ia bukan mesej yang bagus dan saya juga tak mahu menambah jumlah pasukan yang boleh menyebabkan sesetengah pasukan merana,” kata Tayyab dalam sidang akhbar bersama media kelmarin.

Kali pertama Piala Dunia dipertandingkan di Barcelona, Sepanyol pada 1971 melibatkan 10 pasukan sebelum meningkat kepada 12 dalam dua edisi sete­rusnya iaitu Amstelveen 1973 dan Kuala Lumpur 1975.

Penganjuran 1978 di Buenos Aires, Argentina menyaksikan penambahan dua negara kepada 14 pasukan sebelum ia dikurangkan semula menjadi 12 selama lima edisi iaitu Mumbai 1982, London 1986, Lahore 1990, Sydney 1994 dan Utrecht 1998.

Edisi 2002 di Kuala Lumpur mencipta sejarah apabila kali pertama 16 pasukan bertanding, tetapi kembali kepada 12 dalam tiga penganjuran berikutnya bermula Monchengladbach 2006, New Delhi 2010 dan The Hague 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI