fbpx

Anwar tiada hasrat bina mercu tanda baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan di sini tadi. -Foto FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak akan membina sebarang mercu tanda baharu seperti dilaksanakan sebelum ini pada era pentadbiran beliau sebagai ketua kerajaan.

Sebaliknya, beliau yang juga memegang portfolio Menteri Kewangan bertekad untuk memberi tumpuan kepada mewujudkan kota contoh daripada segi kebersihan, keindahan dan ruang kepada golongan peniaga menengah.

“Bawah pentadbiran Anwar, saya tidak berhajat buat satu lagi mercu tanda, cukuplah ada menara berkembar, bangunan Tun Razak Exchange (TRX) dan menara lain.

“Zaman Anwar fikir yang perlu untuk menjana keupayaan kota contoh daripada segi kebersihan, keindahan dan ruang kepada golongan peniaga menengah selain tumpuan kepada penjaja serta warung yang mencecah ratusan ribu,” katanya ketika berucap dalan majlis dialog Belanjawan 2023 di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI