fbpx

Faz, bakal doktor lulusan dari Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FAZRIENA mahu lelaki yang bijak dan menghormatinya.

CUACA sejuk sehingga -20 darjah Celsius selain terpaksa menempuh perjalanan selama satu jam ke kelas, tidak mematahkan semangat Nur Fazriena Mohamad Daura, 24, demi mendapatkan segulung ijazah dalam bidang perubatan di Senchenov University, Moscow.

Biarpun bimbang dengan pe­perangan yang tercetus antara Russia dan Ukraine, namun gadis Pesona Ahad mesra dipanggil Faz ini tidak mengeluh sebalik­nya berusaha menyesuaikan diri di negara empat musim itu.

Faz yang cemburu dengan individu bijak berkongsi kisah hidup kepada Kosmo! Ahad.

Kosmo! Ahad: Mengapa pilih doktor sebagai kerjaya?

Nur Fazriena: Cita-cita sejak kecil. Namun apabila masuk sekolah menengah, tertarik mahu jadi artis dan ahli falsafah pula.
Faz pilih doktor kerana mahu bantu orang sakit terutamanya keluarga sendiri.

Pilih bekerja di luar negara atau Malaysia?
Pulang dan berbakti di tanah air, kerana setinggi-tinggi ba­ngau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

Pengalaman bertahun-tahun hidup berdikari tanpa keluarga sudah mencukupi dan mahu menikmati masa yang ada.

NUR FAZRIENA tidak suka orang yang memandang rendah terhadap individu lain.

Kongsi tip belajar?
Jangan terlalu menekan diri kerana hanya menyukarkan sewaktu belajar. Kerap bertanya kepada yang lebih mahir dan belajar untuk diri sendiri faham, bukannya untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata.

Nasihat kepada yang mahu menyambung pengajian di luar negara?
Jika peluang sudah berada di depan mata, mengapa tidak mencuba? Persiapkan diri, kuatkan mental kerana anda akan berpisah dengan keluarga dan masakan Malaysia. Tapi, jangan takut untuk keluar daripada zon bebas anda.

Fakta menarik tentang Faz?
Tidak suka orang yang memandang rendah terhadap individu lain. Tidak berasa ‘insecure’ dengan kecantikan orang lain sebaliknya, ‘insecure’ dengan orang yang bijak.

Pengalaman berharga?
Menonton perlawanan kelab bola sepak Barcelona di Sepanyol dan berpeluang melihat permainan Lionel Messi di depan mata. Selain itu, menyaksikan Liverpool di Moscow pada 2017.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Lelaki yang tahu menjaga pe­rasaan dan menghormati saya selain matang, bijak dan tampan. Insya-Allah, jika saya dan pasangan sudah bersedia, saya merancang untuk menamatkan zaman bujang selepas tamat pengajian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI