fbpx

Tze Yong akui Naraoka lebih berpengalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong ketika menentang pemain Jepun, Kodai Naraoka pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Hasrat perseorangan lelaki kebangsaan, Ng Tze Yong untuk meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 tidak kesampaian apabila tersingkir di pusingan kedua hari ini.

Berdepan pemain utama Jepun, Kodai Naraoka, Tze Yong yang berada pada ranking ke-25 dunia terpaksa akur tersingkir lebih awal selepas tewas dalam aksi tiga set 21-15, 19-21, 15-21.

Pemain berusia 23 tahun itu tanpa berselindung mengakui, Naraoka memiliki kelebihan dari segi pengalaman, bukannya disebabkan dia melakukan banyak kesilapan mudah yang memberikan mata percuma kepada lawan.

“Saya harus akui kekalahan hari ini. Ketika saya mendahului 19-15 di set kedua, memang dia bermain dengan baik dan bukannya saya yang melakukan kesilapan mudah, ini adalah satu pengajaran berguna untuk saya.

“Saya fikir perlu bermain dalam banyak kejohanan untuk kutip lebih pengalaman. Ini adalah tahun pertama saya bermain dalam kejohanan utama jika dibandingkan dengan Naraoka yang sudah beberapa tahun beraksi,” katanya selepas tamat perlawanan.

Kekalahan pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu menyaksikan dia menjadi mangsa kedua Naraoka selepas perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia turut tewas 21-13, 17-21, 19-21 di pusingan pertama semalam.

Keputusan itu juga menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia dalam acara perseorangan lelaki di Terbuka Malaysia selepas seorang lagi pemain profesional, Liew Daren menarik diri akibat masalah kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI