fbpx

Lelaki tidak berbaju tumbuk penumpang kerana tempat duduk dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tidak berbaju itu dilihat cuba menarik seorang penumpang yang sedang duduk secara agresif dengan memegang kolar bajunya dan menumbuknya. - Jam Press/TIM

DHAKA – Satu video tular di laman media sosial memaparkan aksi seorang lelaki tidak berbaju menumbuk dan mengasari seorang penumpang lain di dalam sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Biman Bangladesh Airlines, lapor akhbar The Sun semalam.

Berdasarkan video tersebut, lelaki tidak berbaju itu dilihat cuba menarik seorang penumpang yang sedang duduk secara agresif dengan memegang kolar bajunya dan menumbuk mangsa.

Penumpang yang sedang duduk itu kemudian membalas kekerasan tersebut dengan menampar muka lelaki berkenaan berkali-kali.

Beberapa penumpang lain kemudian cuba menenangkan lelaki tidak berbaju itu ketika dia berulang kali menumbuk muka penumpang yang sedang duduk tersebut.

Tidak dijelaskan sama ada lelaki tidak berbaju itu telah ditahan serta punca kepada pergaduhan tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Dia hanya meminta bajunya kembali,” kata seorang netizen sambil berseloroh.

“Mungkin ‘bouncer’ perlu menggantikan tempat pramugari selepas ini jika trend seperti ini berterusan,” kata seorang pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI