fbpx

Tiada kes baharu jangkitan ASF di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow (kanan) ketika merasmikan kempen hari tanpa tunai bagi jabatan dan agensi kerajaan negeri di Pulau Pinang di Komtar, George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Tiada kes baharu dikesan membabitkan jangkitan ‘African Swine Fever’ (ASF) atau demam babi Afrika di ladang-ladang ternakan babi di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini kes jangkitan ASF di Pulau Pinang adalah dalam keadaan terkawal.

“Tiada kes baharu setakat ini, dan dua kes dikesan di ladang di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sahaja.

“Kita memantau dengan rapi situasi jangkitan pada masa ini bagi mengelakkan ia merebak ke tempat lain,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran kempen hari tanpa tunai bagi jabatan dan agensi kerajaan negeri di Pulau Pinang di Komtar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar berkata, sebuah ladang yang dijangkiti ASF telah dibuat pemusnahan dan ladang kedua yang dijangkiti masih dalam pemantauan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Beritahu Mohd. Sayuthi, secara keseluruhannya, sebanyak 1,500 ekor babi telah dimusnahkan di ladang pertama yang dikesan positif ASF. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI