fbpx

Kerajaan Selangor turap jalan berlubang Mac ini, kos RM50 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham Hashim ketika mengadakan lawatan di tapak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, pada Mac tahun lalu, hari ini.

AMPANG JAYA – Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan secara besar-besaran di negeri ini melibatkan peruntukan bernilai RM50 juta bermula Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim berkata, projek berkenaan melibatkan jalan dibawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

Sehubungan itu, katanya, bagi memberi keselesaan kepada pengguna kerajaan persekutuan diminta untuk memantau jalan di bawah kelolaan mereka.

“Jika melihat aduan, rakyat tidak kira sama ada jalan dibawah pentadbiran negeri mahupun persekutuan. Bagi mereka jika jalan di Selangor pasti bawah bidang kuasa negeri itu.

“Sedangkan kita tidak boleh guna bajet kerajaan negeri untuk menurap atau membaiki jalan persekutuan.

“Penyelenggaraan begitu longgar menyebabkan banyak aduan berhubung dengan jalan persekutuan, oleh itu perlu ada bajet khas untuk masalah ini,” katanya lalu di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan negeri Selangor mengumumkan sejumlah RM145 juta diperuntuk untuk meningkatkan sistem jaringan jalan raya tahun ini bagi memberi keselesaan kepada pengguna yang semakin bertambah.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM40.98 juta diagih kepada JKR untuk melaksanakan pembinaan jalan baharu di beberapa lokasi.

Beliau menjelaskan kawasan terlibat seperti Kampung Sri Indah A ke Hospital Sungai Buloh, jalan sambungan Sungai Kelambu-Genting Sanyen dan Kampung Ulu Chuchuh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI