fbpx

Kapal tangki minyak ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki minyak yang ditahan APMM di perairan Pulau Pangkor, Lumut semalam.

LUMUT – Sebuah kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 11.5 batu nautika barat daya Pulau Pangkor ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul 6.05 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, pihaknya menerima maklumat pengesanan daripada Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut mengenai kapal yang mencurigakan itu di sekitar perairan Pulau Pangkor pada pukul 1.30 petang semalam.

“Sehubungan itu, sebuah bot peronda telah diatur gerak ke lokasi untuk membuat pemeriksaan serta penggeledahan dan mendapati kapal yang berdaftar di Vietnam itu berada di posisi yang dilaporkan.

“Kapal ini dikendalikan 19 kru termasuk ‘master’, terdiri daripada warga Vietnam berumur sekitar 22 hingga 56 tahun dipercayai dalam perjalanan dari India menuju ke Bangladesh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hambali berkata, kapal itu ditahan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana disyaki melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM).

“Kesemua kru bersama kapal ditahan di South East Point (SEP) di perairan Pulau Pangkor bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Penahanan kali ini membuktikan bahawa APMM sentiasa bersiap sedia menguatkuasakan undang-undang di perairan bagi membendung kegiatan jenayah di laut tanpa mengira waktu,” katanya.

Sebarang maklumat atau aduan mengenai jenayah maritim, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI