fbpx

Tiada maaf bagimu – ibu Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATIMAH ISMAIL (gambar dalam bulatan) kesal dengan perbuatan individu yang merosakkan rumah tangga anak dan menantu kesayangannya, Puteri Sarah. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Sekali lagi ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail ‘bersuara’ dengan menegaskan tiada kemaafan untuk individu yang merosakkan sesebuah perkahwinan.

Luahan berbaur kekesalan yang seakan merujuk kepada punca kemelut dalam rumah tangga anak dan menantunya, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin tersebut dikongsikannya menerusi InstaStory.

“Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka,” luah isteri kepada figura disegani ramai, Datuk Yusof Haslam itu.

Selain swafoto dirinya dalam kenderaan, Patimah turut memuat naik gambar Syamsul dan Sarah bersama anak sulung mereka, Syaikhul Islam.

Berlatarkan lagu berjudul Harta Berharga dendangan Bunga Citra Lestari, pemilihan lagu itu seakan menunjukkan harapan seorang ibu kepada anak-anak yang diumpamakan sebagai harta berharga.

Sebelum ini, Patimah menzahirkan perasaan terkilan apabila mendedahkan wujud ‘tangan kejam’ yang memisahkan anak dengan cucu-cucunya.

Malah dia juga pernah memberi peringatan kepada pihak ketiga yang mengganggu rumah tangga anak dan menantunya supaya segera bertaubat.

Syamsul pula yang sebelum ini dilihat enggan membalas dakwaan isterinya berkenaan rumahtangga mereka akhirnya tampil menerusi siaran langsung Instagram beberapa jam sebelum tahun baru.

Katanya, dia mahu meleraikan segala persoalan dalam masa terdekat kerana sudah penat selain bersedia memberikan penjelasan berhubung konflik rumahtangganya tanpa mengaibkan sesiapa.

Pasangan yang berkahwin pada 8 Mac 2014 dengan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3, itu difahamkan sudah lama tidak sebumbung.

Terdahulu, pergolakan yang dikaitkan dengan kehadiran ‘orang ketiga’ sejak pertengahan tahun lalu semakin hangat apabila muncul pula dakwaan Syamsul sudah bernikah di Selatan Thailand.

Hingga ke hari ini Syamsul belum lagi tampil memperjelaskan situasi, manakala isteri dan anak-anaknya pula baru kembali ke tanah air kelmarin selepas lebih seminggu bercuti di Tokyo, Jepun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI