fbpx

SPRM tahan seorang penjawat awam, pesara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki yang dipercayai menerima wang ‘habuan’ bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari kawasan hutan simpan sekitar Kuala Lipis.

Kedua-dua suspek berusia antara 40 hingga 61 tahun itu dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM500 hingga RM2,000 daripada pemilik syarikat antara November 2019 hingga 2020 bagi melindungi kegiatan curi balak.

Suspek pertama berusia 40 tahun yang juga penjawat awam dipercayai ditahan di pejabat SPRM Cawangan Raub ketika hadir memberikan keterangan kira-kira pukul 2.30 petang tadi manakala suspek kedua yang juga pesara kerajaan ditahan pukul 7 malam, semalam.

Sementara itu, dalam satu operasi berasingan, SPRM Pahang menahan seorang penjawat awam kerana dipercayai menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM1,500 daripada seorang individu sebagai balasan untuk melepaskan barang-barang yang disita oleh sebuah jabatan kerajaan yang terbabit dengan aktiviti perhutanan.

Suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dipercayai menerima wang rasuah pada Disember 2018 dan ditahan di pejabat SPRM cawangan Raub kira-kira pukul 7 malam, semalam ketika hadir memberikan keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI