fbpx

Lawatan menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa cetus kemarahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ben-Gvir (kiri) melawat pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis kelmarin. - Twitter

BAITULMUQADDIS – Penduduk Palestin mengecam lawatan seorang menteri berhaluan kanan Israel ke tapak suci yang dituntut puak Yahudi di Baitulmuqaddis yang dianggap sebagai provokasi, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Itamar Ben-Gvir, yang sebelum ini menyeru agar pendekatan lebih keras dilakukan terhadap penduduk Palestin, berjalan di sekitar pekarangan Masjid Al-Aqsa selama 15 minit sambil diiringi oleh anggota polis, kelmarin.

Tuntutan terhadap kawasan itu telah mencetuskan peningkatan ketegangan terutamanya selepas penubuhan kerajaan nasionalis baharu Israel.

Lawatan Ben-Gvir itu merupakan tindakan awam pertamanya sejak kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengangkat sumpah pada 29 Disember tahun lalu.

Tapak puncak bukit dianggap tempat paling suci bagi penganut Yahudi dan yang ketiga paling suci dalam Islam. 

Seluruh pekarangan tersebut merupakan kawasan Masjid Al-Aqsa namun, puak Yahudi dan bukan Islam lain dibenarkan pergi ke situ tetapi mereka tidak dibenarkan bersembahyang.

Bagaimanapun, penduduk Palestin melihat kunjungan itu sebagai satu percubaan untuk mengubah status quo di tapak suci tersebut secara ‘halus’.

Ben-Gvir yang juga ketua parti Otzma Yehudit telah lama berkata bahawa beliau mahu membawa perubahan kepada peraturan bagi membolehkan orang Yahudi bersembahyang di tapak itu. 

“Temple Mount (Masjid Al-Aqsa) terbuka kepada semua orang,” tulisnya di Twitter berserta gambar yang menunjukkan beliau diiringi oleh pengawal-pengawal keselamatan dengan latar belakang kubah Masjid Al-Aqsa.

Perdana Menteri Palestin, Muhammad Shtayyeh menyatakan bahawa lawatan Ben-Gvir adalah melanggar semua norma, nilai, perjanjian dan undang-undang antarabangsa serta ikrar Israel kepada Presiden Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, jurucakap Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza menanggap lawatan tersebut sebagai jenayah dan berikrar tapak tersebut akan kekal sebagai milik Palestin, Arab dan Islam, lapor agensi berita AFP. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI