fbpx

Ibu tunggal didakwa tipu dekorasi hari jadi, akikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Helena berbincang dengan peguamnya sebelum prosiding kes di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menipu berkaitan pemasangan dekorasi sambutan hari jadi, tahun lalu.

Tertuduh, Siti Helena Azmi, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Wanita anak satu itu didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 39 tahun bagi pemasangan dekorasi majlis hari jadi dan akikah yang tidak wujud sehingga mendorong penyerahan wang berjumlah RM700.

Perbuatan itu dilakukan di Residensi Persiaran Hijau Kasturi, Cahaya SPK di sini, pukul 2.41 petang, 7 Julai tahun lalu.

Pendakwaan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Shalehhuddin Salam yang mewakili Siti Helena bagaimanapun memohon pengurangan kerana anak guamnnya itu mempunyai tanggungan seorang anak perempuan berusia lima tahun.

“Pendapatan anak guam saya sebagai peniaga atas talian adalah tidak menentu selain dia memberi kerjasama penuh kepada polis dan tidak berisiko untuk melarikan diri,” katanya.

Mohamad Redza membenarkan ikat jamin RM3,000 dan menetapkan sebutan semula pada 1 Mac depan.

Kosmo! pada 5 Disember lalu melaporkan perbuatan seorang pengusaha dekorasi gubahan belon hari jadi mengaut keuntungan mudah dengan melakukan penipuan perkhidmatannya itu terbongkar apabila ditahan polis di sebuah kondominium di Kerinchi, Kuala Lumpur.

Suspek diberkas menerusi serbuan pukul 4.30 pagi selain beberapa barangan termasuk dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut dirampas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI