fbpx

RM152.6 juta dipinjamkan untuk projek OPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini. FOTO FAISOL MUSTAFA

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan pinjaman berjumlah RM152.6 juta untuk menyiapkan projek Perolehan Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) yang kini diambil alih oleh Kementerian Kewangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah mengesan masalah-masalah besar dan terpaksa memberikan suntikan pinjaman untuk memastikan projek ini siap.

“Saya sebut perkara ini kerana projek ini dahulunya dikendalikan oleh Syarikat Tabung Haji Destini Sdn. Bhd namun sekarang terpaksa kita tanggung dan selesaikan. Menurut tinjauan, projek ini boleh disiapkan dalam tahun ini,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Beliau turut menegaskan bahawa semua badan-badan penguatkuasa sama ada di Kementerian Dalam Negeri atau Kementerian Pertahanan untuk menjalankan siasatan dengan segera.

Jelasnya, siasatan perlu dibuat secepat mungkin supaya tidak diambil kesempatan kerana projek ini bukan sahaja menyebabkan kerugian besar malah pelaksanaan yang sangat lemah.

“Disini saya tegaskan dua perkara. Yang pertama OPV mesti disiapkan mengikut jadual dan yang kedua tidak melepaskan siapa yang salah guna kuasa tanpa siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI