fbpx

Mahkamah: Bekas kakitangan JPV didakwa makan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abol As (kanan) didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM35,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pembantu penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah pada tahun lalu.

Pengakuan tidak bersalah itu dibuat Abol As Mohd. Jamil, 43, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Berdasarkan fakta kes pertama, tertuduh didakwa meminta suapan RM35,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan menurunkan seksyen pertuduhan bagi kes dijalankan di Mahkamah Sesyen di sini.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menerima suapan RM35,000 itu daripada mangsa yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus pada 27 Julai dan 3 Ogos 2022.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh dan Nur Athikah Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Hazwan Hamidun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI