fbpx

Suami isteri direman bantu siasatan kes tipu pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang suspek (depan) direman di Mahkamah Majistret Yan bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan sebuah syarikat perancang perkahwinan, baru-baru ini.

YAN – Sepasang suami isteri yang merupakan pemilik syarikat perancang perkahwinan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Anis Suraya Ahmad di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 30an itu ditahan di Gurun dekat sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan polis memburu pemilik syarikat perancang perkahwinan yang didakwa menipu empat pasangan pengantin dengan tidak memenuhi pakej perkahwinan dipersetujui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI