fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Manfaat dua aksi Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA lima pemain yang dijangka mampu menyumbang mata yang banyak untuk minggu ini.

SAINGAN Fantasy Premier League (FPL) kini sudah memasuki minggu ke-19 dan semua pengurus dijangka melakukan beberapa pertukaran berdasarkan keputusan perlawanan yang berlangsung minggu lalu.

Dengan 11 perlawanan bakal berlangsung pada saingan minggu ini, sudah pasti ada beberapa pertemuan yang dilihat mampu menjadi ‘lubuk’ untuk pengurus-pengurus FPL meraih mata maksimum, termasuk dua perlawanan melibatkan Chelsea.

Justeru, hari ini Kosmo! seperti biasa berkongsi beberapa tips bagi memberi panduan kepada para pengurus FPL untuk melakukan percaturan terbaik dalam usaha memburu mata yang diidam-idamkan.

KAPTEN
PENYERANG Chelsea, Kai Havertz diberi tugas sebagai kapten pada perlawanan minggu ke-19 memandangkan The Blues akan mengharungi aksi berganda menentang Manchester City dan Fulham. Dia dijangka akan terus meledak selepas menjaringkan satu gol minggu lalu.

PENJAGA GOL
KEPA Arrizabalaga menampilkan aksi cukup baik ketika membantu Chelsea menang 2-0 ke atas Bournemouth minggu lalu. Pemain Sepanyol itu dijangka akan terus diberi kepercayaan untuk mengawal pintu gol The Blues.

PERTAHANAN
BEK kanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka mampu untuk menyumbang mata maksimum buat pengurus FPL memandangkan prestasinya sejak akhir-akhir ini semakin menyerlah. Justeru, pemilihannya dalam pasukan dilihat sebagai satu langkah bijak.

TENGAH
KAPTEN Arsenal, Martin Odegaard pasti menjadi pilihan ramai pengurus FPL memandangkan pemain antarabangsa Norway itu berjaya mengutip 40 mata dalam tiga perlawanan terakhir. Dengan momentum yang ada, dia mampu untuk meneruskan aksi cemerlang bagi minggu ke-19.

PENYERANG
ERLING Haaland sememangnya pilihan utama untuk terus mengemudi jentera serangan pasukan apabila sudah meledak 21 gol setakat ini. Bertemu Chelsea, dia dilihat mampu untuk menambah koleksi jaringan bagi kempen 2022/23.

JADUAL PERLAWANAN

SELASA
Brentford lwn Liverpool
Siaran langsung Astro 813, 1.30 pagi

RABU
Arsenal lwn Newcastle
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

Everton lwn Brighton
Siaran langsung Astro Go, 3.45 pagi

Leicester lwn Fulham
Siaran langsung Astro Go, 3.45 pagi

Man. United lwn Bournemouth
Siaran langsung Astro 811, 4 pagi

KHAMIS
Southampton lwn N. Forest
Siaran langsung Astro Go, 3.30 pagi

Leeds lwn West Ham
Siaran langsung Astro 813, 3.45 pagi

Aston Villa lwn Wolves
Siaran langsung Astro 811, 4 pagi

C. Palace lwn Tottenham
Siaran langsung Astro Go, 4 pagi

JUMAAT
Chelsea lwn Man. City
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

JUMAAT (13 Januari)
Fulham lwn Chelsea
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

 

SENARAI PENJARING

21 GOL
Erling Haaland (Man. City)

13 GOL
Harry Kane (Tottenham)

12 GOL
Ivan Toney (Brentford)

11 GOL
Marcus Rashford (Man. U)

10 GOL
Aleksandar Mitrovic (Fulham)

9 GOL
Miguel Almiron (Newcastle)
Rodrigo (Leeds)

7 GOL
Roberto Firmino (Liverpool)
Phil Foden (Man. City)
James Maddison (Leicester)
Gabriel Martinelli (Arsenal)
Mohamed Salah (Liverpool)
Leandro Trossard (Brighton)
Martin Odegaard (Arsenal)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI