fbpx
Gambar hiasan.

Pelajar Politeknik rugi RM57,488 ditipu tawaran kerja sambilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang pelajar sebuah Politeknik di sini berputih mata selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian sehingga kerugian sebanyak RM57,488.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula pada 19 Disember lalu selepas mangsa yang berusia 19 tahun menyertai satu iklan di laman Instagram.

“Mangsa dikehendaki membuat pelaburan modal terlebih dahulu. Mangsa dijanjikan pulangan wang hasil daripada pelaburan tersebut.

“Mangsa berurusan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram dalam melaksanakan tugasan yang diberikan sehingga membuat lima kali pemindahan wang ke akaun yang berlainan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bagi tujuan pelaburan yang tidak wujud itu mangsa menggunakan wang simpanan sendiri, membuat pinjaman dengan kawan dan menggunakan wang persaraan bapanya iaitu pesara guru.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial tanpa usul periksa yang jelas.

Katanya, masyarakat diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN