fbpx

Litar pintas punca Jakel Shah Alam terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kebakaran di Jakel Shah Alam pagi ini.

SHAH ALAM – Kebakaran melibatkan gedung tekstil Jakel di Seksyen 7, di sini dipercayai akibat litar pintas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 7.10 pagi.

Katanya, sebanyak sembilan buah jentera tiba di lokasi kejadian bagi operasi pemadaman api.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran dipercayai litar pintas dari premis tersebut.

Anggota bomba memadamkan kebakaran di gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

“Setakat ini, jumlah kerugian masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya membuat kawalan lalu lintas dan keselamatan di lokasi kebakaran.

“Buat masa ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berada di tempat kejadian bagi pemantauan keadaan di sana,” katanya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pagi ini. Kebakaran memusnahkan bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI