fbpx

1,205 operasi jalan raya dijalankan sepanjang tahun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Yahaya Othman ketika melajukan pemeriksaan ke atas sebuah motosikal ketika Op Ambang Tahun Baru di Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,205 operasi jalan raya dilaksanakan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Kuala Lumpur sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata ia melibatkan enam Op utama iaitu had laju, potong lorong kecemasan, potong barisan, potong garisan berkembar, lampu isyarat merah dan telefon bimbit dengan 56 kes.

“Ia turut melibatkan Op Motosikal 136 kes, Op Samseng Jalanan (347), Op Perdagangan (39), Op Bersepadu (27), Op Mabuk (251), Op Khas (83) dan Op Pelbagai (266),” katanya ketika sidang media selepas Op Ambang Tahun Baharu di Lebuh Raya Loke Yew di sini, semalam.

Beliau berkata bagi statistik kemalangan pula sebanyak 64,149 kes direkodkan bagi tempoh sama melibatkan maut sebanyak 212 orang, parah (25), ringan (1,580), rosak (62,332).

“Bagi Operasi Samseng Jalanan sebanyak 303 tangkapan dilakukan melibatkan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 50 (3) APJ 1987 (82), Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 108 APJ 1987 (75), Seksyen 37A Kanun Keseksaan (10), lain-lain (tujuh).

Tambahnya, Bagi statistik penglibatan pelajar lumba haram adalah sebanyak 83 kes melibatkan pelajar sekolah 62 kes manakala pelajar Institut Pengajian Tinggi 21 kes dengan 317 kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

Yahaya turut memberitahu sebanyak lima kertas siasatan dibuka melibatkan Op Mabuk.

Manakala statistik penyelesaian kertas siasatan trafik sebanyak 58,843 kertas siasatan dibuka dan 56,429 telah berjaya diselesaikan.

Terdahulu, pada Op Ambang Tahun Baharu sebanyak 26 sekatan jalanraya dilakukan di seluruh daerah melibatkan 158 pegawai kanan dan 1,750 anggota. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI