fbpx

Tepuk dada, tanyalah iman – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE TA menegur perbuatan segelintir orang Melayu yang lebih sudu daripada kuah menyambut perayaan Hari Krismas berbanding pengikut agama itu sendiri. - INSTAGRAM CHE TA.

PETALING JAYA – “Tepuk dada, tanyalah iman.”

Demikian respons pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta mengulas lebih mendalam tentang trend sebilangan orang Melayu beragama Islam yang secara terang-terangan menyambut perayaan penganut agama Kristian, Hari Natal atau Krismas.

Kata Che Ta, 51, kalau tidak mahu dikecam, tidak perlu memuat naik perkara yang boleh mengundang rasa sangsi orang ramai dan terang-terang salah di sisi agama.

“Bagi saya mudah, jika rasa hal sebegitu boleh mengundang kutukan kecaman dan sebagainya, tak perlu muat naik yang boleh menimbulkan banyak sangsi dan natijah itu ini.

“Tapi sekarang benda sebegitulah yang mahu dikongsi dan diberitahu,” kata Che Ta ketika dihubungi Kosmo! Online.

Ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, perkara yang sememangnya bercanggah dengan hukum agama, janganlah dilazimkan atau dijadikan amalan.

“Saya terbaca pandangan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad, apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam, sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

“Secara kesimpulannya, umat Islam perlu memahami antara menyantuni pengikut agama lain dengan mengikuti perbuatan mahupun amalan sesuatu agama agar tidak mengundang fitnah mahupun menjejaskan akidah Islam.

“Harus diingatkan juga bahawa, Krismas merupakan satu upacara memperingati Jesus yang dihidupkan semula setelah disalib bagi agama Kristian,” katanya panjang lebar.

Terdahulu, Che Ta melahirkan rasa sedih apabila ada segelintir orang Melayu yang perasan mat salih menyambut Hari Krismas.

Menerusi Instagram, isteri kepada Zain Saidin itu turut menegur tindakan sebilangan orang Melayu beragama Islam yang secara terang-terangan menyentuh atau bermain dengan anjing.

“Sedihnya apabila tengok orang Melayu acah-acah nak jadi orang putih sambut Krismas.

“Main-main dengan anjing walaupun beragama Islam. Allahuakbar. Moga ada hidayahlah untuk mereka,” coret pelakon berusia 51 tahun itu menerusi InstaStory.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air seperti penyanyi Nourul Depp dikecam netizen apabila disalah anggap meraikan sambutan Krismas seperti dikongsikan dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI