fbpx

20 juta belia China menganggur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG menghadiri pameran kerjaya yang diadakan di Beijing, 26 Ogos lalu. - AFP

BEIJING – Kira-kira 20 juta rakyat China yang berusia antara 16 hingga 24 tahun kini menganggur di bandar-bandar dan pekan-pekan, demikian menurut anggaran stesen penyiaran CNN seperti dilaporkan akhbar Mint kelmarin.

Berdasarkan statistik pemerintah, terdapat seramai 107 juta golongan belia di bandar-bandar negara itu manakala pengangguran di kawasan luar bandar tidak termasuk dalam laporan tersebut.

Kira-kira seorang daripada lima individu di China yang berkebolehan telah kehilangan pekerjaan disebabkan krisis pengangguran yang berkaitan dengan Covid-19 serta dasar sifar Covid diamalkan Beijing.

China berdepan kemerosotan ekonomi apabila syarikat-syarikat terkemuka yang beroperasi di negara tersebut memberhentikan pekerja-pekerja termasuk salah satu pembuat telefon pintar terbesar di dunia, Xiaomi.

Seorang pegawai Xiaomi baru-baru ini mendedahkan kepada CNN bahawa syarikat berkenaan secara rutin mengoptimumkan tenaga kerja dan menyelaraskan operasinya, yang menyebabkan kurang 10 peratus pekerja syarikat itu terjejas disebabkan tindakan tersebut.

Media milik pemerintah turut melaporkan Xiaomi akan memberhentikan beribu-ribu pekerja di beberapa jabatan termasuk operasi perniagaan internet dan telefon pintar.

Dalam sembilan bulan pertama 2022, Xiaomi mengurangkan pekerjaannya kira-kira 1,900 orang manakala sebahagian besar 35,000 pekerja sepenuh masa syarikat itu yang berpangkalan di China masih bekerja pada akhir September lalu. 

Disebabkan pelaksanaan dasar sifar-Covid oleh pemerintah, pendapatan syarikat tersebut dilaporkan merosot hampir 10 peratus pada masa sama.

Sementara itu, kadar pengangguran belia di China telah mencapai paras tertinggi tahun ini dengan peningkatan daripada 15.3 peratus pada Mac lepas kepada rekod baharu, 18.2 peratus pada April.

Beberapa bulan berikutnya, kadar pengangguran meningkat lebih tinggi iaitu mencecah 19.9 peratus ​​pada Julai lalu. 

Menurut angka dari Biro Perangkaan Kebangsaan China, kadar itu sedikit menurun kepada 18.7 peratus pada Ogos lalu tetapi masih menjadi antara yang tertinggi direkodkan, demikian menurut laporan akhbar The Hongkong Post.

Dalam pada itu, seramai 11.6 juta graduan kolej dijangka memasuki pasaran pekerjaan pada tahun akan datang, menyebabkan pasaran pekerjaan berpotensi menjadi lebih buruk, demikian menurut Kementerian Pendidikan China pada November lalu. 

Golongan muda China kini sedang mengalami krisis pekerjaan terbesar dalam tempoh lebih 40 tahun. 

Bagi Parti Komunis China yang memerintah pula, pengangguran beramai-ramai dikatakan menjadi halangan signifikan terhadap kemajuan di negara berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI