fbpx

Pemandu maut kemalangan dipercayai terkena serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu kereta jenis Mercedes Benz maut selepas terbabit kemalangan di kilometer lima, Jalan Bahau-Batu Kikir, di sini, pagi tadi. - IHSAN POLIS

JEMPOL – Seorang pemandu kereta jenis Mercedes Benz maut selepas terbabit kemalangan di kilometer lima, Jalan Bahau-Batu Kikir, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.52 pagi itu, mangsa, Faizal Ham Mohd Dom, 57, yang merupakan tenaga pengajar Sekolah Memandu di Gemencheh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, kemalangan membabitkan kereta yang dipandu mangsa serta lori jenis Nissan UD yang diparkir di baju jalan.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu seorang diri dari arah Batu Kikir menuju ke Gemencheh. Setiba di tempat kejadian, mangsa terkena serangan penyakit jantung menyebabkan gagal mengawal kenderaannya.

“Kenderaan mangsa kemudiannya melanggar lori yang diparkir dibahu jalan arah bertentangan. Akibat daripada kemalangan ini, pemandu kereta telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, pemandu lori berusia 53 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI